:::badminton:::

kalau sesapa pree

hari : ahad
kol 3 – 4 ptg
tempat: subang racquet kat area subang parade.

aku dah book satu badminton court….

jumpa di sana!!

Posted in sports. 3 Comments »

Kalo rasa2 nak dera badan

Hi all..

ada 2 events best for March insya allah.. tapi ini event mendera diri la.. kalo nak datang tengok n cheer pun buleh.. no hal punya.

1. Larian Terowong SMART

Date: 11 March 2007
Venue: Pejabat Urusan, Sya. Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd. Jalan Davis off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Reporting: 6.30am
Start time: 7.30am
Distance: 14km
Closing date: 5 March 2007
Entry fee: RM10.00

The route:
2km is to be run on road before entering the tunnel,inside the tunnel you run 6km and make a U turn at the end of the tunnel to cover another 6km.

More Info: click here
Form: click here

2. KL International Marathon 2007

Date: 18th March 2007 (Sunday)
Venue: Start / Finish – Dataran Merdeka (Independence Square)

More Info: click here

Ada berani?

(parithilton.n0thinginthisw0rld)

kepada contributorS

blogger dah di-Beli oleh google.com, jadi korang kena register pakai gmail account. kalau korang takde account lagi, bleh le email kat saya & saya invite…

sesapa yang nak jadi contributorS pun bleh email saya, nanti saya +

mekacih…

Posted in admin. 2 Comments »

—–futsal——cancelled—–

memandangkan geng2 kita semua sayang nak kasi pecah lemak maka terpaksalah di-kensel futsal…

pihak penganjur memohon maap atas segala kesulitan yang dialami…

mekacih

:::TAGBOARD:::

aku jumpa satu tagboard.. baru happening sket…

enjoy!

Kisah 503


Buat pertama kali, muncul di sini untuk berkongsi cerita. Ini, aku tuliskan khusus buat rakan-rakan sekelas. Adapun, entri ini pernah aku tuliskan beberapa tahun yang lepas (sekitar 2001). Maka, ayat pun macam budak-budak jugalah kiranya.

Mengenang kembali kisah lama, terfikir juga, betapa jauh sekali jalan yang kita tinggalkan. Hinggakan di suatu ketika, ada juga di antara kita sudah pun menjauh dan hilang terus dari pandangan mata buat selamanya.

[+]

Aduhai, apa khabar kawan-kawan? Lama sungguh tak dengar berita ya?

Azree: Budak Sarawak yg aku suka dengar bila dia bercakap- “kamek-kitak”. Ketua kelas form 4. Ingat lagi masa dia pengsan dalam makmal waktu kelas Biologi. Terkejut kami! (Selamat Pengantin Baru)

Rozaini: Budak yang agak ‘cool’ suatu ketika dulu! Pernah menjadi ketua kelas semasa form 5.

Aris: The tallest guy in the class. Masih ingat lagi Aris secara tiba-tiba menjadi perhatian kerana mendapat markah tertinggi dalam ujian Matematik yang pertama dalam kelas kita.

Imran: Jejaka yang sentiasa membuatkan orang lain rasa gembira dan ingin ketawa. Semakin dia serius, semakin ingin ketawa orang dibuatnya. Dan orangnya suka menyanyi, dan ada bakat – ingat lagi masa dia nak bertanding jawatan BIRO SEBARAN AM, promosi melalui suara dia. Dan sebuah lagu pernah didendangkan sebelum pulang beraya di dalam dorm (semasa roll-call).

Shahril: Orangnya besar. Tinggi. Macho.

Nik Fahusnaza: Jejaka yang boleh dikategorikan sebagai jejaka popular dan menjadi idaman ramai. Hahaha. Dinobatkan sebagai Ketua Lembaga Pengawas Maktab, menambahkan lagi sahamnya.

Jefferi: Seorang yang kreatif, suka sangat melukis kartun. Mungkin tanda dia sedang boring atau terdesak untuk mengekpresikan nalurinya melalui lukisan.

Firdaus @ Dos: Dulu dia ini pendiam sangat. Susah betul ingin mendengar suaranya. Namun begitu bukan mudah untuk bertemu dengan orang sebegini – begitu rajin.

Fauzi: Sebut saja namanya, pasti akan dikenali oleh semua orang. Sudah tentu amat disenangi kerana karektornya. Seorang yang cukup artistik dan suka melagukan irama evergreen.

Fadly: Pada mulanya, dia agak serius. Masuk tahun berikutnya, dia suka ketawa dan buat lawak.

Harizal: Suara dia dalam-very deep. Muka dia serius dan renungan dia tajam, sampaikan sesetengah orang menjadi takut untuk berurusan dengannya. Tapi, baik hati orangnya.

Shamsul Rizal: Otak yang gila-gila. Selalu saja bersama kawan-kawan dia untuk buat lawak.

Naguib: Waa, the ‘tough’ and ‘macho’ guy in the class! hehehehe.

Yazid: A nice guy dan suka buat lawak…miss him all the way (Al-Fatihah)

DJ: Seorang yang sukakan budak-budak. Dan sudah pun berjaya mengejar impiannya sebagai doktor. Caya la Dr DJ!

Shihan: Dia yang terror main tenis, terror main chess, terror Add Maths dan juga Ketua PBSM 95!


Azrina: Gadis yang paling susah untuk mendengar suara emas dia. Seorang yang cukup baik hati.

Kak Sue @ Suhaliah: Gadis yang cute, walaupun kecil tapi pandai bersyarah dan memasak. Bersopan santun sekali.

Ziba: Budak perempuan yang paling tinggi di dalam kelas dan antara yang tinggi di maktab ketika itu. Suka sangat menyanyi dengan segala lagu Mariah Carey. Masihkah ingat lagi sewaktu bergaduh tentang isu ‘telur masin’ dan ‘keju’.

Aeriza: Kalau cakap, very sexy! Ada gaya yang tersendiri.

Kak Ayu: Seseorang yang pandai mengambil hati. Very open and understanding! Layak benar digelar sebagai ‘kakak’ di kelas kami. (Al-Fatihah)

Suriati: Anak Pengetua kami! Orangnya baik, suka senyum dan beri nasihat. Berkepimpinan seperti ayahnya juga!

Fariny: Seorang rakan kongsi gelak dan lawak. Macam-macam lawak bangang yang telah dicipta bersama dia. Benda yang tidak lawak pun menjadi lawak. Sumber rujukan English dan sering mendapat pujian guru kelas English kami.

Wan Hafiza: Kalau gelak, mesti mahu gelak bersama. Rakan kongsi Fariny untuk membuat lawak bangang antarabangsa di dalam kelas bagi menghilangkan kebosanan. Ingat lagi, semasa pilihanraya maktab berlangsung, kami bertiga pun ada buat kempen pilihanraya wakil kaum kat kelas. Indon, Boyan dan Tasaday.

[+]

Dan kini, masa terus berlari membawa kesemua kita pada arah yang berbeza. Dalam kehidupan yang tersendiri. Moga kejauhan tidak membawa bersama kemesraan yang pernah kita jalin suatu ketika dulu. Dan, pada yang tiada, samalah kita mendoakan agar sentiasa dirahmati Allah.

ANSARA Taiping dikecewakan pada penentuan penalti Piala Alumni 2006

Perlawanan hebat yang bermula dalam hujan lebat (lepas tu aku tak tau, balik.. anak dah ngamuk), berkesudahan dengan ANSARA KT layak ke perlawanan akhir. ANSARA Taiping kecewa pada sepakan penalti setelah keputusan seri tanpa jaringan sehingga akhir masa perlawanan. Laporan lanjut sila rujuk ke www.ligaalumni.com :D Korang2 juga diajak menyertai blog ANSARA Taiping di www.actorg.com.

Posted in sports. 1 Comment »

PERUBAHAN TEMPAT!: ANSARA TAIPING vs ANSARA KT (SEMI-FINAL LIGA ALUMNI)

Ada perubahan tempat, pada saat-saat akhir oleh pihak penganjur.

TEMPAT: PADANG MSN BUKIT JALIL, masuk ikut Gate C.
MASA: Sepak mula 5:15ptg.

Ape2 masalah seperti tak jumpa tempat, boleh call Madun (Senior kita) 012-3005913, Azraf 017-2125700 or Ihsan 019-6951688

Terima kasih

HAMPERS FOR SALE

Kalau ada sesapa yang berminat nak beli or company korang nak beli hampers untuk Chinese New Year bleh la call handphone saya 019 – 695 1688 atau email ihsan.hasbullah@gmail.com.

Pakej hampers ada 3 harga, RM200.00, RM250.00 & RM300.00

Kalau nak tau lebih lanjut sila call saya personally or email. Missed call pun boleh, nanti saya call balik.

Thank you…

Ihsan & Dr Yasmin

..FUTSAL..

ada plan nak start buat futsal & now dah ada date & place

tempat: sportscity, PJ ATAU sports village, bukit jalil
tarikh: 3 febuari 2007
hari: sabtu
jam: 8 malam

nak tau pasal tempat tu, lawat laman ni
sports village, bukit jalil
sportscity, pj

kalau nak main pls letak nama dlm comment..

KALAU BOLEH NAK CONFIRM HARI JUMAAT NI (19 JANUARY 2007) SEBAB NANTI TURF FULLY BOOK.